Monday, February 14, 2011

BiLa SegaLanya kErana Allah...

Cinta , Kasih Dan Sayang…
Apa makna 'cinta' ,’kasih’ dan apa plak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta',’kasih’ itu lebih besar dari perasaan ‘kasih’ ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.

saya mengerti erti 'cinta' ,’kasih’,dan 'sayang' dari pengalaman saya dan juga pengalaman teman-teman yang agak menarik. 'cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.Tetapi cinta pada Yang Agung adalah kekal buat selamanya.Cinta Agung ini akan menambahkan lagi keyakinan diri dan kepercayaan seseorang terhadap Penciptanya.

Bagi saya perasaan ‘kasih’ adalah satu anugerah Tuhan kepada makhlukNYA.Perasaan ini adalah spesifik dan kehadirannya juga adalah secara spesifik dan tidak mudah untuk dimiliki bagi setiap insan.Kewujudannya secara tidak diduga dan hadir dalam diam. Perasaan ini tidak semestinya dibalasi pihak kedua..Ia ibarat satu amanah yang Allah titipkan bagi hamba yang telah dipilihNYA..

bagi saya, perasaan 'sayang' juga tidak jauh bezanya dengan perasaan ‘kasih’ .Ia juga anugerah Tuhan terhadap makhluknya. Perasaan 'sayang' juga tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. Perasaan 'sayang' adalah menyeluruh dan ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.

bagi mereka yang sedang asyik bercinta dengan cinta dunia', cuba fikirkan, mungkin saya yang sudah melatih diri untuk tidak mempercayai kewujudan 'cinta' dunia ini. tapi sekiranya seseorang itu kita 'cintai bukankah kita sepatutnya tidak bergaduh,mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri,Terpulang pd diri sendiri. Cinta pd Allah sudah semestinya indah. Untuk saya dan anda yang masih bergelar pelajar,cubalah jauhi alam percintaan sesama yang bukan ajnabi.Cubalah jauhi perasaan bercinta itu.Tidak perlu risau untuk semua itu,kerana satu hari kelak ia pasti hadir dalam hidup setiap yang bergelar insan dimuka bumi ini.Siapa dia???Jawapannya ada di loh mahfuz.Segala-galanya telah ditentukan dari sejak azali lagi.Untuk mencari atau mendapat pasangan yang baik,langkah pertama adalah membentuk diri kita menjadi baik,Kerana Allah telah berfirman dalam surah an-Nur,ayat 26;”wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya”.Lupakan segala kegundahan dalam jiwa.Teguhkan diri pada cinta Agung nescaya,cinta insan soleh ataupun solehah turut akan dimiliki.Yakinlah dengan janji Allah.Kerana Allah itu tidak pernah memungkiri janji.Tiada istilah cinta sebelum ijab dan Kabul belum dilafaz dihadapan Tok kadi dan beberapa orang saksi.Cinta yang berputik selepas ijab dan Kabul adalah alam percintaan yang indah berlandaskan redha dan syariat ilahi. Cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah... ..!!! Masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini.

saya percaya dan sentiasa menginginkan kehidupan yang penuh dengan ‘cinta’,’kasih’,dan 'sayang' yang wujud diantara manusia dan Sang Pencipta... .. . Jgnlah terlalu terburu² merebut cinta murahan yg berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yg penuh peradaban. Wahai REMAJA... Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment