Cinta , Kasih Dan Sayang…
Apa makna 'cinta' ,’kasih’ dan apa plak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta',’kasih’ itu lebih besar dari perasaan ‘kasih’ ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.
saya mengerti erti 'cinta' ,’kasih’,dan 'sayang' dari pengalaman saya dan juga pengalaman teman-teman yang agak menarik. 'cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.Tetapi cinta pada Yang Agung adalah kekal buat selamanya.Cinta Agung ini akan menambahkan lagi keyakinan diri dan kepercayaan seseorang terhadap Penciptanya.
Bagi saya perasaan ‘kasih’ adalah satu anugerah Tuhan kepada makhlukNYA.Perasaan ini adalah spesifik dan kehadirannya juga adalah secara spesifik dan tidak mudah untuk dimiliki bagi setiap insan.Kewujudannya secara tidak diduga dan hadir dalam diam. Perasaan ini tidak semestinya dibalasi pihak kedua..Ia ibarat satu amanah yang Allah titipkan bagi hamba yang telah dipilihNYA..
bagi saya, perasaan 'sayang' juga tidak jauh bezanya dengan perasaan ‘kasih’ .Ia juga anugerah Tuhan terhadap makhluknya. Perasaan 'sayang' juga tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. Perasaan 'sayang' adalah menyeluruh dan ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.
bagi mereka yang sedang asyik bercinta dengan cinta dunia', cuba fikirkan, mungkin saya yang sudah melatih diri untuk tidak mempercayai kewujudan 'cinta' dunia ini. tapi sekiranya seseorang itu kita 'cintai bukankah kita sepatutnya tidak bergaduh,mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri,Terpulang pd diri sendiri. Cinta pd Allah sudah semestinya indah. Untuk saya dan anda yang masih bergelar pelajar,cubalah jauhi alam percintaan sesama yang bukan ajnabi.Cubalah jauhi perasaan bercinta itu.Tidak perlu risau untuk semua itu,kerana satu hari kelak ia pasti hadir dalam hidup setiap yang bergelar insan dimuka bumi ini.Siapa dia???Jawapannya ada di loh mahfuz.Segala-galanya telah ditentukan dari sejak azali lagi.Untuk mencari atau mendapat pasangan yang baik,langkah pertama adalah membentuk diri kita menjadi baik,Kerana Allah telah berfirman dalam surah an-Nur,ayat 26;”wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya”.Lupakan segala kegundahan dalam jiwa.Teguhkan diri pada cinta Agung nescaya,cinta insan soleh ataupun solehah turut akan dimiliki.Yakinlah dengan janji Allah.Kerana Allah itu tidak pernah memungkiri janji.Tiada istilah cinta sebelum ijab dan Kabul belum dilafaz dihadapan Tok kadi dan beberapa orang saksi.Cinta yang berputik selepas ijab dan Kabul adalah alam percintaan yang indah berlandaskan redha dan syariat ilahi. Cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah... ..!!! Masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini.
saya percaya dan sentiasa menginginkan kehidupan yang penuh dengan ‘cinta’,’kasih’,dan 'sayang' yang wujud diantara manusia dan Sang Pencipta... .. . Jgnlah terlalu terburu² merebut cinta murahan yg berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yg penuh peradaban. Wahai REMAJA... Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...
^,^ BiSiKaN QoLbiKu...
Monday, February 14, 2011
...::Indahnya Bersahabat KeranaMU::...
Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri
dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia
kepada perintah Allah,maka hal sedemikian itulah yang dikatakan
bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama,
dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya,
maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan,
yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya,
maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa
lapang senang berkawan dengan orang itu,
dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya,
ini juga berkasih-sayang kerana Allah
“Ya Allah, kau jauhkanlah kami daripada persahabatan yang semacam ini” :
1) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya,
dan di dalam hal-ehwal kehidupannya,yang menerusinya ia bisa hidup
senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang
tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
2) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa
menemannya untuk pergi ke tempatmaksiat, atau membantunya untuk
menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan
fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu
adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna,
kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena
dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang
akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
Naudzubillah!!
Ayuh hayati hadith ni!!!!hayya bina................
Hazrat Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa RAsulullah s.a.w bersabda,
"Allah s.w.t akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang
bercahaya wajah mereka(cahaya yang bergemerlapan). Mereka berada
di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemberui (mengagumi)
mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan juga para syuhada.
"Maka seorang badwi berkata, "Ya Rasulallah, terangkanlah kepada kami sifat-sifat
mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka." Rasulullah s.a.w bersabda :
"Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum dan berlainan tempat,
mereka berkasih-sayang semata-mata kerana Allah s.w.t, orang-orang
yang berkumpul di sesuatu tempat untuk mengingati Allah dan menyebut namaNya."
(HADITH RIWAYAT TOBARANI)
Dalam riwayat yang lain,
Diterangkan bahawa di dalam syurga terdapat tiang-tiang daripada 'yakut'
dan di atas tiang-tiang itu terdapat kamar-kamar daripada 'zamrud'.
Pintu-pintu kamar itu terbuka di setiap penjuru. Kamar-kamar
itu bersinar seperti bintang bercahaya. Kamar-kamar itu
adalah untuk orang-orang yangberkasih-sayang semata-mata
kerana Allah s.w.t, orang-orang yang berkumpul di sesuatu tempat
kerana Allah s.w.t dan orang-orang yangbertemu antara satu
sama lain kerana Allah s.w.t....
Subhanallah..indahnya bersahabat kerana Allah....

Subscribe to:
Posts (Atom)